Purata bergerak ialah purata harga tutup sesuatu aset dalam masa tempoh tertentu. Sesuai dengan namanya, ia bergerak kerana ia sentiasa dikemas kini mengikut harga tutup terkini.
Purata bergerak kelihatan lebih lancar daripada garis harga dengan mengurangkan kesan turun naik harga jangka pendek, dengan itu memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai arah aliran pasaran. Purata bergerak boleh digunakan untuk mengenal pasti haluan arah aliran atau mentakrifkan potensi aras sokongan dan rintangan.
Dua jenis purata bergerak ialah purata bergerak mudah (ditunjukkan sebagai MA dalam Webull App) dan purata bergerak eksponen (EMA).
Purata bergerak mudah dihitung memberikan wajaran yang sama kepada setiap harga. Sebagai contoh, titik data purata bergerak 5 hari dihitung sebagai jumlah harga tutup daripada lima hari dagangan sebelumnya dibahagikan dengan lima. Walau bagaimanapun, purata bergerak eksponen memberikan lebih banyak wajaran kepada harga terkini. Ini menjadikan EMA lebih sensitif terhadap perubahan harga baharu berbanding MA.
Purata bergerak boleh disesuaikan. Anda boleh menyesuaikan panjangnya mengikut keperluan anda. Sebagai contoh, purata bergerak 5 hari biasanya digunakan untuk mewakili momentum jangka pendek. Purata bergerak 20 hari dan 60 hari merupakan petunjuk arah aliran pertengahan.
Tidak ada panjang purata bergerak yang terbaik. Anda boleh menerokai panjang yang berbeza supaya arah aliran masa depan yang lebih baik dapat diisyaratkan.

Apabila purata bergerak jangka pendek bergerak ke atas dan melintasi purata bergerak jangka panjang, ia dianggap sebagai isyarat bulis. Pindah silang (crossover) ini dikenali sebagai pindah silang bulis. Pelabur mungkin mahu membeli pada titik ini.
Apabila purata bergerak jangka pendek bergerak jatuh di bawah purata bergerak jangka panjang, ia dianggap sebagai isyarat bearis (bearish). Pindah silang ini dikenali sebagai pindah silang bearis. Pelabur mungkin mahu menjual pada titik ini.

Banyak penganalisis teknikal menggunakan purata bergerak 50 hari dan purata bergerak 200 hari untuk mengenal pasti arah aliran jangka panjang. Isyarat pindah silang yang dikenal pasti ini disebut sama ada golden cross atau death cross.
Seperti yang kita pelajari di atas, apabila purata bergerak jangka pendek (50 hari) bergerak ke atas dan melintasi purata bergerak jangka panjang (200 hari), ini merupakan isyarat bulis. Pindah silang ini dikenali sebagai golden cross. Sebaliknya, apabila purata 50 hari jatuh di bawah purata 200 hari, ini merupakan isyarat bearis. Pindah silang ini dikenali sebagai death cross.
Golden cross dan death cross dipercayai mempunyai makna yang besar. Golden cross mengimplikasikan pasaran bul jangka panjang manakala death cross mengisyaratkan pasaran bear jangka panjang.
Mengawasi harga boleh memakan masa. Satu cara mudah untuk mengawasi harga dengan cekap ialah dengan mengesetkan awasan harga yang disesuaikan. Semak di bawah ini untuk melihat caranya.

* Akhir sekali, sila ambil perhatian bahawa analisis teknikal tidak pernah 100% tepat. Tafsiran keputusannya pada adalah subjektif. Sila pastikan strategi yang digunakan adalah sesuai untuk toleransi risiko anda.