MACD ialah alat analisis teknikal popular yang dipaparkan dalam sub-carta, muncul sebagai carta yang berasingan. Ia berdasarkan kepada dua purata bergerak eksponen (EMA, exponential moving average), satu jangka pendek (12 hari) dan satu jangka panjang (26 hari). EMA jangka pendek mewakili pergerakan harga terkini bagi aset, manakala EMA jangka panjang mewakili pergerakan harga jangka panjang. Apabila EMA jangka pendek melebihi EMA jangka panjang, MACD mempunyai nilai positif. Sedangkan, jika EMA jangka pendek berada di bawah EMA jangka panjang, MACD mempunyai nilai negatif.
3 komponen dalam sub-carta termasuk garisan MACD, garisan isyarat dan histogram.

*Formula MACD
MACD ialah EMA 12 Hari – EMA 26 Hari
Sila ambil perhatian bahawa anda boleh menyesuaikan panjang MACD dan garisan isyarat anda mengikut keperluan dan kehendak anda sendiri.

Carta MACD memberikan isyarat yang digabungkan dengan tindakan harga dan boleh membantu pelabur menentukan momentum arah aliran atau potensi titik masuk atau titik keluar.
Garisan MACD berayun di sekitar sifar, brtindak sebagai garis dasar. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, MACD positif apabila purata bergerak 12 hari melebihi purata bergerak 26 hari dan sebaliknya.
1. MACD dan Garis Dasar
Apabila MACD meningkat melebihi garis dasar (sifar), ia dianggap isyarat bulis. Lagipun, apabila nilai positif meningkat, momentum arah aliran menaik meningkat. Sebaliknya, apabila MACD jatuh di bawah garis dasar, ia dianggap isyarat bearis. Apabila nilai negatif turun lebih lanjut, momentum arah aliran menurun mengukuhkan.

2. MACD dan Garisan Isyarat
Apabila garisan MACD bersilang dari bawah sehingga melebihi garisan isyarat, ia dianggap isyarat bulis. Ini menunjukkan bahawa harga boleh menukar arah kepada upside. Apabila garisan MACD bersilang dari atas ke bawah garisan isyarat, ia dianggap isyarat bearis. Ini menunjukkan bahawa harga boleh menukar arah kepada downside.

Implikasinya adalah serupa kerana histogram mewakili perbezaan antara MACD dengan garisan isyarat. Bar bertukar merah kepada hijau, yang mungkin menunjukkan balikan bulis. Bar bertukar hijau kepada merah, yang mungkin menunjukkan balikan bearis.
3. MACD dan Harga Aset
Ini disebut penumpuan apabila MACD bergerak dalam arah yang sama dengan harga aset. Ia mengesahkan arah aliran harga semasa.
Penumpuan Bulis
Penumpuan bulis terbentuk apabila harga aset dan MACD kedua-duanya mencapai aras tertinggi yang lebih tinggi. Dua kali mengesahkan aliran arah aliran menaik.

Penumpuan Bearis
Penumpuan bearis terbentuk apabila harga aset dan MACD kedua-duanya mencapai aras terendah yang lebih rendah. Dua kali mengesahkan aliran arah aliran menurun.

Walau bagaimanapun, apabila garisan MACD berbeza dengan arah aliran harga aset, ia mungkin mengimplikasikan arah aliran yang sedang lemah atau potensi balikan.
Pencapahan Bulis
Pencapahan bulis terbentuk apabila MACD mencapai aras terendah yang lebih tinggi sementara harga aset mencapai aras terendah yang lebih rendah. Meskipun harga jatuh, ia menunjukkan bahawa momentum downside telah lemah. Balikan mungkin akan berlaku. Walau bagaimanapun, kita harus perhatikan bahawa selagi MACD masih berada dalam zon negatif, momentum downside mungkin masih lebih kukuh daripada momentum upside.

Pencapahan Bearis
Pencapahan bearis terbentuk apabila MACD mencapai aras tertinggi yang lebih rendah sementara harga aset mencapai aras tertinggi yang lebih tinggi. Ini menunjukkan bahawa momentum upside semakin lemah. Pelabur mungkin perlu berhati-hati dengan arah aliran menurun.

* Akhir sekali, sila ambil perhatian bahawa analisis teknikal tidaklah 100% tepat. Tafsiran keputusannya pada amnya adalah subjektif.