Indeks Kekuatan Relatif (RSI, Relative Strength Index) ialah pengayun momentum yang mengukur kelajuan dan saiz perubahan harga.
Kekuatan relatif dihitung sebagai untung purata dibahagikan dengan rugi purata bagi harga aset dalam tempoh tertentu. RSI membandingkan untung dengan rugi dengan menunjukkan kekuatan relatif secara grafik, berayun antara 0 dengan 100.
Secara teori, jika harga aset meningkat dengan cepat, RSI boleh naik setinggi 100. Jika harga aset jatuh dengan cepat, RSI boleh menggelongsor serendah 0.
Tempoh 14-h biasanya digunakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menyesuaikan panjangnya mengikut matlamat pelaburan anda.

1. Aras terlebih beli dan terlebih jual
Apabila RSI naik melebihi 70, dianggap bahawa aset adalah terlebih beli. Apabila RSI jatuh di bawah 30, aset dianggap terlebih jual.
Walau bagaimanapun, nilai RSI untuk mengisyaratkan aras terlebih beli dan terlebih jual tidak selalu ditetapkan untuk setiap aset. Anda mungkin perlu mencuba nilai RSI yang berbeza sebelum menemui nilai yang sesuai.
Seperti yang kita nampak di bawah ini, dalam tempoh 1, 2, dan 4, RSI telah mencapai melebihi 70 dan kekal di kawasan terlebih beli, yang menunjukkan bahawa momentum upside adalah kuat. Sehubungan itu, kita boleh nampak peningkatan mendadak dalam carta harga (khususnya dalam tempoh 4). Pelabur mungkin mahu menjual aset pada akhir tempoh terlebih beli itu. Ini disebabkan apabila RSI jatuh balik di bawah 70, momentum upside menjadi lemah, dan balikan boleh berlaku.
Dalam tempoh 3, RSI telah jatuh di bawah 30 dan kekal dalam kawasan terlebih jual, yang menunjukkan bahawa momentum downside adalah kuat. Sehubungan itu, kita boleh nampak kejatuhan menjunam dalam carta harga. Pelabur mungkin mahu membeli aset pada akhir tempoh terlebih jual itu. Ini disebabkan apabila RSI memanjat balik melebihi 30, momentum downside menjadi lemah, dan arah aliran menaik boleh kembali meningkat.

2. Pencapahan
Apabila RSI dan harga bergerak dalam arah yang berbeza, pencapahan berlaku. Ini serupa dengan garisan MACD, yang telah dibincangkan dalam pelajaran yang lalu.
Pencapahan bulis
Apabila RSI mencapai aras terendah yang lebih tinggi sementara harga aset lebih rendah daripada aras terendah, pencapahan bulis terbentuk. Ini menunjukkan bahawa walaupun harga masih jatuh, momentum downside telah lemah. Balikan mungkin akan berlaku.

Pencapahan bearis
Apabila RSI mencapai aras tertinggi yang lebih rendah sementara harga aset lebih tinggi daripada aras tertinggi, pencapahan bearis terbentuk. Ini menunjukkan bahawa momentum upside semakin lemah. Pelabur mungkin perlu berhati-hati dengan arah aliran menurun.

* Akhir sekali, sila ambil perhatian bahawa analisis teknikal tidaklah 100% tepat. Tafsiran keputusannya pada amnya adalah subjektif.