Strategi opsyen call terlindung adalah apabila pelabur menjual Opsyen Call sambil memegang kedudukan saham sandaran untuk tempoh panjang. Apabila pembeli opsyen call menerima *hak untuk membeli* saham sandaran jika mereka melaksanakan opsyen mereka, maka penjual menanggung *kewajipan untuk menjual* saham sandaran yang sama jika opsyen jual call mereka teruntuk. Dalamstrategi call terlindung, kewajipan ini adalah ‘terlindung' kerana pelabur memegang kedudukan saham panjang dalam akaun, dan bersedia untuk menjual jika perlu.
Pelabur yang ingin menjana pendapatan memanfaatkanstrategi opsyen call terlindung untuk mengumpulpremium daripada jualan opsyencall. Premium yang dikumpul oleh pelabur daripada menjual opsyen call ke atas pegangan sedia ada mereka telah menambah hasil tambahan kepadaportfolio mereka secara keseluruhan.
Bagaimanapun, menjual call terlindung boleh mengehadkan potensi peningkatan keuntungan saham. Dengan menjual opsyencall, pelabur mempunyai kewajipan untuk menyerahkan saham kepada pembeli opsyen call jika kontrak opsyen dilaksanakan. Jika pembeli opsyen memilih untuk melaksanakan opsyennya, maka saham penjual boleh dibeli. Ini bermakna pelabur tidak akan mendapat manfaat daripada sebarang kenaikan harga saham di masa hadapan melainkan dia membeli semula saham tersebut.
Atas sebab ini, strategi ini adalah tidak optimum untuk pelabur dengan sentimen bulis yang kuat. Jika anda menjangkakan harga saham sandaran akan meningkat dengan ketara, adalah lebih masuk akal untuk anda membeli call daripada menjualnya. Strategi call terlindungpaling sesuai untuk pelabur dengan jangkaanneutral ke sedikit bulis, dan tidak menjangkakan harga saham akan meningkat dengan ketara dalam jangka masa terdekat. Bagi pelabur ini, strategi opsyen call terlindung boleh menjadi cara yang berguna untuk meningkatkan pulangan mereka pada kedudukan sedia ada.
Potensi kerugian maksimum bagi call terlindung adalah keseluruhan nilai saham ditolak premium yang diterima daripada jualan opsyen. Strategi opsyen call terlindung memerlukan tahap toleransi risiko yang sederhana disebabkan oleh risiko memegang kedudukan saham panjang.
Mari kita perhatikan satu contoh
Seorang pelabur menjangkakan harga saham RAWR akan naik dalam jangka pendek tetapi tidak melebihi harga tertentu. Dia membeli 100 unit saham RAWR pada harga $10. Di samping itu, dia menjual opsyen call RAWR pada harga laksana $14 dengan tempoh 1 bulan hingga tarikh tamat tempoh untukpremium $2.
•Jual 100 unit saham RAWR yang dibeli pada harga $10
•Jual 1 opsyen call RAWR pada harga laksana $14 dengan tempoh 1 bulan hingga tarikh tamat tempoh untukpremium $2
Keuntungan maksimum adalah perbezaan antara harga laksana opsyen dengan harga dia membeli saham ditambah dengan premium yang dikumpul daripada jualan opsyen. Ini dikira seperti berikut:
Keuntungan Maksimum setiap Opsyen = (Harga Laksana Opsyen - Harga Belian Saham + Premium) x 100 unit saham
$600 = ($14- $10 + $2) x 100 unit saham
Kerugian maksimum ialah harga belian saham ditolakpremium yang diterima dan didarab dengan 100 unit saham.
Ini dikira seperti berikut:
Kerugian Maksimum setiap Opsyen = (Harga Belian Saham - Premium) x 100 unit saham
$800 = ($10 - $2) x 100 unit saham
Titik pulang modal ialah harga belian saham ditolak premium yang diterima. Ini dikira seperti berikut:
Harga Pulang Modal = (Harga Laksana Menjual Opsyen Call - Premium)
$8= $10-$2
Keuntungan dan kerugian strategi opsyen call terlindung sehingga tarikh tamat tempoh adalah seperti digambarkan dalam
carta di bawah.

Carta menunjukkan bahawa potensi keuntungan dan kerugian pada paksi-y berbanding harga saham yang sepadan pada paksi-x.
Jika RAWR didagangkan sehingga $14 dan lebih tinggi, pelabur akan memperoleh $600, yang terdiri daripada $400 daripada kenaikan harga saham ditambah dengan $200 daripada jualan opsyencall. Sebaliknya, potensi risiko penurunan maksimum ialah$800. Ini terdiri daripada kerugian sebanyak$1,000 jika harga saham jatuh kepada $0 ditolakpremium $200 yang diperoleh daripada menjualcall.
Jika harga RAWR naik melebihi harga $14 dalam tempoh kontrak opsyen, pelabur berpotensi teruntuk dan diwajibkan untuk menjual 100 unit sahamnya. Walaupun pelabur merealisasikan keuntungan maksimum dalam keadaan ini, tetapi 100 unit saham itu tidak lagi dipegangnya. Walau bagaimanapun, jika harganya kekal di antara $8 dan $14 sehingga tarikh tamat tempoh, pelabur akan menerima keuntungan yang lebih besar berbanding jika dia memegang saham dan tidak menjualcall. Dengan cara ini, pelabur boleh menjana pulangan yang lebih besar dengan menjual call terlindung dalam pasaran yang semakin meningkat.
Potensi risiko penurunan ialah jika RAWR berakhir di bawah $8 pada masa opsyen tamat tempoh. Dalam senario ini, pelabur akan mengalami kerugian. Walau bagaimanapun, pelabur boleh mengimbangi sebahagian daripada kerugian ekoran penurunan saham denganpremium yang diterima daripada menjual opsyencall.
Sama seperti mana-mana pelaburan, opsyen bukannya tanpa risiko. Tetapi dengan call terlindung, semua risiko sebenarnya datang daripada memegang kedudukan saham panjang yang mungkin jatuh dalam nilainya. Dengan penyelidikan yang teliti dan memberi perhatian terhadap risiko tersebut, anda akan mendapati bahawa call terlindung mungkin sesuai denganstrategi pelaburan anda.
*Ticker adalah rekaan dan hanya bertujuan untuk menggambarkan contohstrategi opsyen yang kompleks.
Semua harga yang digunakan dalam contoh tersebut tidak mewakili harga opsyen sebenar yang boleh dicapai pada bila-bila masa.